Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sajian enak cita rasa Mesir

DAUN Molokhia yang dikisar halus dimasak sempurna dalam bentuk stew. 7
DAUN Molokhia yang dikisar halus dimasak sempurna dalam bentuk stew.

DI Mesir, segala-galanya tampak hebat dan menakjubkan, piramidnya yang tinggi menjulang, kuil-kuil lama yang tersergam, tempat membeli-belah yang bersejarah, budaya serta warisannya yang sentiasa menggamit pelancong.

Namun, negara itu tidak hanya dikenali kerana kekayaan sejarahnya semata-mata malah kepelbagaian makanannya yang diwarisi sejak berkurun lama masih bertahan hingga ke hari ini.

Bagi yang tidak tahu, makanan asli Mesir kaya tekstur, aroma, dan perisa.

Kini buat pertama kalinya, rakyat Malaysia juga boleh menikmati cita rasa hebat Mesir dengan pembukaan restoran Tut’s Egyptian Eatery (Tut’s) di pusat beli-belah One Utama, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Restoran kasual ini menawarkan pelbagai jenis hidangan asli Mesir seperti koshari, molokiah, hawaoshi (daging lembut yang dimasak dengan rempah ratus istimewa dalam lipatan roti bakar), ayam bakar dalam ketuhar, ayam rangup Cleopatra (ayam goreng dengan pelbagai rempah ratus), sup kekacang Mesir (pelbagai jenis kekacang, lobak merah, tomato dan herba istimewa) dan banyak lagi.

Menurut Pengurus Pembangunannya, Mohamed Zein, Mesir sememangnya terkenal dengan warisan dan sejarah purba, malah sejarah asal-usul masakan Mesir masih lagi terpelihara hingga ke hari ini.

Tambahnya, setiap hidangan asli di restoran tersebut disediakan oleh cef yang dibawa khas dari negara itu bagi memastikan keaslian rasa masakan terpelihara.

“Setiap hidangan menggambarkan komitmen kami dalam membawakan cita rasa sebenar Mesir di Malaysia. Kami juga berazam untuk mencipta sebuah masa depan yang baharu bagi penggemar makanan tersebut di sini.

“Jika di Mesir, masakan kami merupakan masakan yang dinikmati setiap hari kerana di sana mudah didapati, berpatutan dan memuaskan.

“Kami berharap agar masakan ini akan menjadi pilihan rakyat tempatan kerana rasanya yang lazat dengan harga yang berbaloi.

“Oleh itu, kami berharap agar dapat mengembangkan lagi cawangan restoran Tut’s di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang tidak lama lagi,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran restoran tersebut, baru-baru ini.

Berbicara pula mengenai menu yang disediakan, Mohamed menjelaskan, pihaknya memilih menu yang tidak merentasi hidangan dari Timur Tengah, Afrika atau Mediterranean bagi memberikan pengunjung merasai Mesir yang sebenar.

Beritahunya lagi, oleh kerana masakan Mesir terkenal dengan campuran ramuan dan rempah-ratus yang unik, pihaknya telah membawanya dari Mesir.

Ini membolehkan cef menghidangkan pengalaman makanan yang terbaik kerana di sebalik setiap hidangan masakan terdapat kisah yang menarik.

Tuturnya, kesemua hidangan disediakan secara khusus menggunakan teknik masakan yang berinovasi dan pastinya mereka bangga apabila dapat menyediakan masakan yang resipinya telah diwarisi sejak turun-temurun.

Bagi memenuhi keinginan pengunjung untuk manisan pula, Tut’s turut menawarkan hidangan pemanis mulut istimewa seperti puding roti om Ali (puding panas yang lembut dan bersusu) dan sobya mousse (kismis dan serbuk kayu manis dengan kelapa).

Menampilkan hiasan dalaman yang moden serta pemilihan warna yang terang, ia bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa serta memikat sesuai untuk ahli keluarga atau rakan-rakan untuk makan bersama-sama.

“Kami mahu memastikan bahawa setiap pelanggan dapat menikmati rasa sebenar Mesir dan masakan terbaik yang digemari sejak turun temurun.

“Pada masa yang sama, harga makanan yang kami tawarkan juga adalah berpatutan dan pastinya untuk memastikan pelanggan kami sentiasa gembira,” kata Mohamed.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan