Itu belum lagi memikirkan kawasan parkir untuk mereka yang datang berkunjung, di mana akan diletakkan perabut, menu yang akan dihidangkan, pinggan mangkuk yang cukup dan pelbagai masalah lagi.

Tetapi kini jika anda ingin menganjurkan rumah terbuka, jangan bimbang jika rumah sempit, kawasan parkir tidak cukup, tidak perlu memikirkan menu apa yang bakal dihidangkan atau siapa yang akan melayan tetamu kerana semuanya boleh disediakan oleh Khaida Event Venue (Khaida Venture) di Shah Alam Selangor.

Pengarah Urusan Khaida Venture, Hanisah Mohd Shariff berkata pihaknya mendapat ilham mengenai konsep berkenaan memandangkan ramai yang mengeluh untuk menganjurkan rumah terbuka tetapi tidak mempunyai tempat yang sesuai.

“Malah mereka yang tinggal di kota rata-rata sibuk dan tidak mempunyai masa untuk beramah mesra dengan kejiranan seperti di kampung jadi kami mahu kembalikan nostalgia seperti di kampung.

“Kami menyediakan rumah banglo di Shah Alam, Selangor yang mempunyai tempat parkir yang selesa selain kawasan persekitaran yang sesuai untuk sebarang majlis,” katanya.

Hanisah menambah, kediaman banglo berkenaan selesa dengan pelbagai kemudahan seperti surau dan mereka boleh menyewa bilik persalinan serta ruang tamu yang sesuai untuk perhimpunan keluarga.

“Malah kami juga menyediakan suasana bagaikan berada di persekitaran yang penuh keceriaan. Pengunjung akan disambut meriah oleh penyambut tetamu bagi merasai suasana bagaikan berada di kampung,” katanya.

Malah mereka boleh memilih pelbagai menu yang disesuaikan dengan bajet. Mereka boleh memilih pelbagai menu menarik seperti ketupat, nasi impit, nasi briani, rendang, kambing golek, kuih muih dan pelbagai menu lain.

Semua ini disediakan oleh tiga orang chef berpengalaman menggunakan bahan-bahan segar terpilih dan dihidangkan terus dari terus kerus ke ruang tamu untuk hidangan tetamu semasa majlis rumah terbuka nanti.

Selain itu Khaida Ventures juga mempunyai pelbagai pakej untuk perkahwinan, pakej tunang dan nikah, pakej akikah serta pelbagai majlis lain seperti majlis hari jadi, doa selamat, reunion, mesyuarat, seminar, pelancaran produk, bengkel atau majlis makan malam tahunan.

Apa lagi hubungi saja [email protected] untuk menganjurkan rumah terbuka di rumah banglo yang bagaikan rumah sendiri untuk meraikan keluarga dan sahabat handai semasa musim perayaan ini. Tentu saja berbaloi!