Diperkenalkan sejak 1999, restoran itu kini mempunyai lebih 1,200 cawangan di Korea Selatan dan sudah beroperasi di Australia, Singapura dan Hong Kong. Malaysia merupakan pasaran antarabangsa keempatnya.

Menu utama di NeNe Chicken sudah pastinya set kepak dan paha ayam dalam empat pilihan rasa iaitu Swicy, Original, Freaking Hot, dan Bulgogi, selain hidangan sampingan seperti NeNe Burger, Kimchi Burger dan ais krim Black Sesame Soft Serve.

Menariknya, rempah dan sos yang digunakan dalam perapan ayam diambil daripada resipi asal NeNe yang diimport khas dari Korea. Jadi penggemar ayam goreng di Malaysia dapat menikmati ayam goreng NeNe sama seperti di Korea.

Didatangkan dengan hidangan set bermula pada harga RM14.90 untuk enam ketul ayam sehingga RM117.90 untuk hidangan 50 keping ayam, kesemua pilihan rasa yang ditawarkan amat enak dengan gabungan rasa manis dan pedas yang menjadi signatur sajian dari Korea.

Mampu memuatkan lebih 120 orang pelanggan dalam satu-satu masa bahkan turut menyediakan ruang makan di luar beranda kedai, restoran ini mesra keluarga dan sesuai untuk mana-mana tetamu yang mahu menyambut parti ulang tahun sambil menikmati hidangan ayam goreng Korea. - UTUSAN ONLINE

Video oleh Nursyamimi Saidi