Pengarah Barangan Guardian Health And Beauty Sdn.Bhd, Anna Hull berkata, pihaknya memperkenalkan produk tudung supaya pelanggan boleh mendapatkan tudung yang menawan dan berkualiti untuk digayakan pada hari raya ini

''Walaupun Guardian Malaysia merupakan sebuah jenama kesihatan dan kecantikan, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami jadi kami mahu mencuba segmen fesyen pula kerana kami percaya bahawa pelanggan kami ingin memiliki tudung terbaik dan paling utama pada harga yang memberi nilai kepada wang mereka.

''Tiada pembelian minimum diperlukan, pelanggan hanya perlu membeli satu produk daripada jenama Dermo Expertise, Maybelline, Pantene, Safi dan Thymos yang mengambil bahagian untuk layak membeli mana-mana tudung tersebut,” katanya dalam majlis pelancaran Ariani X Guardian, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, kehadiran jenama tudung di kedai Guardian dapat melengkapkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan menerusi pelbagai pilihan dan tawaran hebat.

Ujarnya, pihaknya menghasilkan rekaan tudung dengan perincian yang halus dan direka bagi memenuhi tiga elemen teras iaitu eksklusif, kesopanan dan kontemporari.



Dijual secara eksklusif, koleksi ini hadir dalam empat corak anggun iaitu Essential Basic Shawl, Blush Printed Square, Blooming Printed Shawl, dan Florescence Premium Shawl yang diilhamkan daripada tema flora bersama paduan warna-warna menarik.



Koleksi ini boleh dibeli dengan potongan 54 hingga 57 peratus iaitu antara RM29.90 hingga RM89.90 sepanjang tempoh promosi yang berlangsung selama dua bulan mulai 1 Mei hingga 27 Jun ini. - UTUSAN ONLINE