Menerapkan sentuhan klasik melalui penekanan siluet dan pemotongan tepat baju kurung tradisi Melayu, koleksi ini sememangnya dihasilkan khas untuk golongan wanita masa kini.

Dilabelkan di bawah jenama Woo/Fiziwoo, koleksi sedia dipakai (ready to wear) untuk Aidilfitri tahun ini turut memfokuskan kepada pengenalan potongan asimetro peplum, lengan loceng dan lipatan.

Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat merasai sentuhan mewah dengan konsep made-to-measure di pagi raya nanti.

Memilih untuk menggunakan fabrik poly blend woven cotton pada semua rekaan, Fizi Woo dan Kai juga dilihat pandai ‘bermain’ dengan warna apabila memilih variasi warna pastel dan palet mewah seperti dusty pink, sky blue, lilac, dark olive green, maroon, dan hitam.

Bukan itu sahaja, penggunaan fabrik polos kemudian diberi tambah nilai dengan jahitan manik di bahagian dada, pinggang atau bahagian bawah baju menjadikan koleksi The Bread Winner ini nampak sofistikated.

Ia turut didatangkan bersama kalung choker yang mempunyai rekaan, warna, dan perincian manik yang sama dengan baju tersebut.

Yang pasti, perubahan revolusi Perancis yang dilihat sebagai pencetus dan simbol kepada kemodenan fesyen wanita, menjadi pilihan dalam rekaan Fizi Woo dan Kai kali ini.