Pek edisi khas yang direka oleh artis jalanan terkemuka dunia, Eine menggunakan tipografi yang terkenal bagi mempromosikan misi untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia, di mana kuasanya terletak di tangan anda.

Bagi setiap pembelian Change, sebahagiannya akan didermakan kepada Yayasan The Body Shop yang mengumpul dana untuk melindungi dan memperkayakan bumi, lautan, haiwan, mahupun masyarakat setempat.

Krim tangan dan kuku badam sebelum ini menerima sambutan sangat memberangsangkan dengan satu jualan setiap 26 saat di seluruh dunia.

Krim ini berkesan untuk melembutkan tangan dan menjaga kuku kerana mengandungi bahan rahsia manicure seperti minyak badam manis dan mentega shea melalui formula penghidratan yang sangat membantu.

Pada harga RM63, anda berpeluang untuk menderma kepada alam sekitar dan mereka yang memerlukan.