Pengerusinya, Fikri Mohamad Rawi berkata, program tersebut bertujuan mewujudkan satu persaingan yang mesra dan sihat kepada semua ahli takaful.

“Inisiatif ini berupaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan ahli takaful dalam mempromosikan inovasi produk yang lebih besar,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE