Perlumbaan lasak sejauh 100 kilometer merupakan terpanjang di rantau ini melalui jalan balak, merentas sungai, jalan berbatu dan berbukit tinggi menuju ke Kampung Mat Daling.

Pengarah Luar Negara GIVI International, Joseph Perucca yang juga pengasas GIVI Explorer melancarkan perlumbaan yang disertai seramai 105 pemilik motosikal "dual purpose adventure bike".

Peserta Malaysia antara teramai diikuti Singapore, Thailand, China, France, Britain, Australia dan Itali.  

Mereka mempertaruhkan jentera seperti BMW1200GS/GSA, F800GS/GSA, F650GS, KTM690 Enduro, KTM900 Adventure, Ktm 1290 Super Adventure, KTM 1190R Adventure, Truimph Tiger 800,Yamaha XT1200 Super Tenere, Honda Africa Twin dan Ducati Scrambler Desert Sled.

Menurut Perucca, selaku penaja utama perlumbaan terpanjang dirantau ini GIVI sentiasa menyokong perlumbaan perlumbaan lasak kerana GIVI telah menyediakan kelengkapan eksesori untuk semua jenis motosikal termasuk motosikal berkuasa besar sama ada kegunaan harian mahupun eksesori kembara lasak.-UTUSAN ONLINE