Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ANTARA pemandangan yang dilihat semasa bas melepasi sebuah kawasan perkampungan di Bosnia. 3
ANTARA pemandangan yang dilihat semasa bas melepasi sebuah kawasan perkampungan di Bosnia.

MUNGKIN ada beranggapan tidak banyak tempat boleh dilawati di negara yang meninggalkan banyak kesan peperangan.

Perkara tersebut disebabkan tanggapan awal kerana belum adanya teknologi dan media sosial yang berperanan sebagai ‘agen’ penyampai maklumat.

Namun ia tetap bergantung kepada individu dan tujuan mereka. Begitu juga dengan saya.

Setelah menghabiskan masa beberapa hari di Split, Croatia, saya bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Bosnia Herzegovina dengan menaiki bas. Cuaca tidaklah begitu panas walaupun matahari terik memancar sewaktu meninggalkan bandar tersebut.

Anggaran suhu sekitar antara 21 sehingga 23 darjah celcius. Begitulah juga tanggapan saya apabila tiba di Sarajevo nanti. Bermakna suhu mungkin mencecah sekitar 18 atau 16 darjah celcius pada malam hari dan tidak memerlukan baju sejuk yang tebal.

Jadi, sepanjang perjalanan, saya tidak membuat apa-apa persediaan termasuk cuaca. Tambahan pula, keadaan saya tidak ubah seperti berada di dalam sebuah bot di tengah lautan kerana bas terhuyung-hayang akibat jalan rosak.

Begitu juga dengan kemudahan. Tiada hentian rehat seperti di Malaysia. Jika ada pun, penumpang hanya menggunakan kemudahan tandas di stesen minyak. Itu pun terpaksa berlumba-lumba dengan penumpang lain.

Walau bagaimanapun, satu perkara menarik ketika menaiki bas adalah dapat melihat keindahan dan pemandangan kawasan kampung di sepanjang laluan.

Ada satu ketika, saya turut merasai pengalaman mengharungi kawasan bersalji. Sudah tentu, bagi saya sebagai orang Asia, ia merupakan pengalaman menarik.

Selepas melewati tempat yang dinamakan Kamensko, Croatia, bas mula memasuki Bosnia Herzegovina. Mata saya terpukau melihat keindahan ciptaan tuhan iaitu sebuah kawasan empangan yang dikelilingi salji.

Setelah lapan jam perjalanan, saya akhirnya sampai di Sarajevo pada malam hari. Masa itu, langsung tidak terfikir berkenaan suhu dan cuaca kerana badan begitu penat dan lapar serta ingin menunaikan ‘hajat kecil’ terlebih dahulu.

Sebaik sahaja sampai dan pintu bas dibuka, saya terus meluru keluar untuk mencari tandas.

Melangkah sahaja kaki ke luar, saya dapat merasakan kedinginan cuaca waktu itu dan dalam hati berkata:

“Punyalah sejuk. Tak sangka pula macam ni punya cuaca bila sampai kat sini. Tak boleh jadi ni. Mati keras aku nanti.”

Dengan menggigil, saya masuk semula ke dalam bas. Tetapi, ada penumpang dengan hanya memakai jaket nipis, selamba sahaja keluar sambil tersenyum berjalan seolah-olah cuaca sebegini biasa sahaja.

Tiba-tiba datang pemandu bas bercakap dalam bahasa Inggeris pelat Bosnia kepada saya dengan berkata:

“The weather sometimes unpredictable.The temperature tonight still normal for us. If you get ‘lucky’, you can see snow this week,” katanya kepada saya yang hanya diam menggigil menahan kesejukan.

Pada masa itu juga, macam-macam saya fikirkan berkenaan salji. Lebih-lebih lagi, bagi orang Asia yang pertama kali berdepan perkara sebegini dan tidak mempunyai pakaian secukupnya.

“Patutlah semua selamba saja ketika keluar dari bas, macam tiada apa-apa. Tapi apa nak buat, saya ni kulit Asia,” kata saya dalam hati.

Selepas beberapa ketika, saya mencapai beg sambil menahan kedinginan suhu. Apa yang penting ketika itu adalah melepaskan ‘hajat’ dan mencari hostel dengan segera untuk berehat selepas lapan jam mengharungi perjalanan.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan