Pengurus Besar TNB Kelantan, Datuk Ir. Md. Yuslan Md. Yusof berkata, larian itu julung kali diadakan oleh pihaknya untuk menggalakkan masyarakat setempat aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dalam masa sama katanya, program itu diharap dapat mendekatkan pihak TNB Kelantan dengan orang ramai termasuk menerima pelbagai aduan berkaitan perkhidmatan ditawarkan TNB.

"Larian ini terbuka kepada seluruh warga kelantan dan terdapat enam kategori yang dipertandingkan.

“Peserta terdiri dalam kalangan pelajar sekolah, universiti awam dan swasta, kakitangan agensi-agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat. - UTUSAN ONLINE