Penyelarasnya, Alan Woo ber­kata, penyertaan yang dibuka kepada tiga kategori itu berjaya menarik 65 ekor penyertaan bagi kategori Murai Kampung, Murai Batu (155 ekor) dan Merbah Jambul (160 ekor) yang bersaing sengit merebut gelaran juara setiap kategori.

Katanya, pertandingan anjuran Persatuan Burung Bukit Serdang serta Pasaraya Giant Setapak sebagai penaja lokasinya itu turut dihakimi sembilan pengadil secara sukarela.

“Setiap ekor burung diadili berdasarkan disiplin suara, gaya serta aksi lincah.

“Ternyata setelah dilatih penjinak masing-masing menjadikan setiap ekor burung menghasilkan kicauan berbeza dan tersendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa hadir dalam pertandi­ngan berkenaan di sini.

Yang turut hadir, Pengurus Kompleks Giant, Muhammad Al Eizzat Marzuki dan Presiden Persatuan Seni Suara Burung Bukit Serdang, Goo Teong Ngee.

Menurut Alan, pertan­di­ngan seni burung murai dan merbah sememangnya men­dapat tempat dalam kalangan pe­ng­ikutnya serta menjadi tarikan tersendiri setiap kali acara besar berlangsung.

Katanya, ini turut menarik pe­nyertaan otai-otai penjinak bu­rung seluruh negeri untuk turun ke gelanggang.

Beliau berkata, sebanyak RM15,400 berjaya dikutip melalui pertandingan itu selain sumbangan daripada syarikat swasta, individu perseorangan serta tabung bergerak yang dilancarkan.

Kesemua kutipan disalurkan kepada tiga badan kebajikan anak-anak yatim sekitar Lembah Klang.

Ekspedisi termasuk lawatan bagi penyerahan sumbangan wang tunai dalam bentuk cek telah dilaksanakan ke tiga rumah kebajikan iaitu Persatuan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Istimewa Kuala Lumpur, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Te­rencat Akal Malaysia dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan Petaling Jaya.

Ketiga-tiga rumah kebajikan ber­­ke­naan ma­sing-ma­sing menerima wang tunai seba­nyak RM6,666 selain sumba­ngan kelengkapan ke­perluan asas yang didermakan beberapa individu budiman.