Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kembara 3,000km Pak Wan-Kemudi

Wan Hashim Wan Mahmood (tengah) dan Shahuri Awang (kanan) menerima
Wan Hashim Wan Mahmood (tengah) dan Shahuri Awang (kanan) menerima sumbangan tajaan daripada Nur Baiti Yusof (dua dari kiri) bagi program Kembara 3,000km Pak Wan - Kemudi di Hotel Grand River Viel (GRV), Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 5 April - Pengayuh solo warga e­mas, Wan Hashim Wan Mah­mood, 72, yang sebelum ini pernah mencipta rekod berbasikal ke lima negara di rantau Asia Tenggara tiga tahun lalu, bakal memulakan ekspedisi baharu sejauh 3,000 kilometer, Sabtu ini.

Menariknya, ekspedisi tersebut yang dinamakan Kembara 3,000km Pak Wan - Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) kali ini turut disertai wakil pengamal media Kelantan, Shahuri Awang.

Menurut Wan Hashim yang mesra dipanggil Pak Wan, kayuhan tersebut mengambil masa selama 41 hari melibatkan wilayah di Selatan Thailand iaitu Na­rathiwat, Pattani, Songkhla dan Hatyai, negeri-negeri di Semenanjung Malaysia serta Singa­pura.

Katanya, penyertaan Shahuri, 31, yang merupakan jurugambar sambilan Bernama bakal membantu beliau mendokumentasikan perjalanan kali ini untuk diterbitkan dalam bentuk buku panduan mengembara secara berbasikal tidak lama lagi.

“Kembara kali ini istimewa ke­rana kehadiran Shahuri di sam­ping mendapat sokongan agensi-agensi media Kelantan yang bernaung di bawah Kemudi, serta penaja lain seperti pengeluar produk kecantikan STY Swee­tiey serta Hotel Grand River Viel (GRV).

“Kami berdua sudah membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi misi penting itu, selain mengambil kira aspek keselamatan sepanjang berada di tempat orang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Kemudi, Mohd. Zailani Abd. Rahman; Pengurus Besar Hotel GRV, Vincent Chua serta Pengasas STY Sweetiey, Nur Baiti Yusof.

Sementara itu, Shahuri memberitahu, dia mula berminat mengayuh basikal sejak beberapa tahun lalu dan enggan melepaskan peluang menyertai kayuhan bersama Wan Hashim.

“Ini peluang terbaik untuk saya melihat tempat orang dan menimba pengalaman. Saya akan memanfaatkan kepakaran saya dalam bidang fotografi untuk mendokumentasikan kembara kami ini. Doakan perjalanan kami lancar dan selamat,” katanya.

Nur Baiti pula berkata, selain memberi tajaan dalam bentuk kewangan kepada Wan Hashim dan Shahuri, STY Sweetiey turut menyediakan sumbangan kepada golongan memerlukan di setiap hentian kembara tersebut.

“Sepanjang kembara mereka, Pak Wan dan Shahuri juga akan dibekalkan produk terbaharu keluaran syarikat kami, Miracle Pearl Water, iaitu pelembap wajah yang boleh melindungi kulit daripada sinaran UV,” katanya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan