Presidennya, Ahmad Kamal Dol Hadi berkata, kejohanan bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang itu bakal disertai pelumba-pelumba cilik mini bike dari seluruh negara.

“Matlamat penganjuran kejohanan ini adalah untuk mencungkil serta melahirkan pelumba-pelumba muda berbakat dan berpotensi ke peringkat kebangsaan dan seterusnya peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.