Gempa bumi di Lombok, Indonesia 29 Julai 2018
PENDUDUK dekat sebuah perkampungan di Lombok, Indonesia meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri selepas kepulauan itu dilanda gempa bumi. - REUTERS

Kejadian yang berlaku pada awal pagi itu turut menggemparkan rakyat Malaysia khususnya buat para pendaki tegar apabila rakan mereka Siti Nor Ismawida Ismail terkorban dalam bencana itu di Gunung Rinjani.

Seramai 19 orang rakyat Malaysia mendaki Gunung Rinjani sebelum kejadian gempa bumi itu berlaku.

Gempa bumi di Lombok, Indonesia 29 Julai 2018

SEBAHAGIAN kediaman penduduk di Lombok, Indonesia musnah selepas dilanda gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter. - REUTERS

Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah ramai lagi pendaki dari negara lain turut berada di sana ketika gempa bumi itu berlaku.

Menurut pihak berkuasa tempatan, Gunung Rinjani menerima lebih 10,000 pendaki setiap tahun.

Gunung Rinjani tumpuan pendaki seantero dunia

PENDAKI boleh mendirikan khemah dan menikmati keindahan Gunung Rinjani sebelum meneruskan pendakian ke puncak untuk melihat lebih banyak pemandangan memukau. - ZAFIGO.COM/Sarah-Ann Yong Jenlee

Lombok, Indonesia bukanlah tempat pelancongan yang lazim bagi rakyat Malaysia, hanya baru-baru ini sahaja kepulauan itu menjadi tular selepas gambar-gambar menarik lokasi percutian itu dimuatnaik dalam media sosial.

Kepulauan yang terletak berhampiran dengan Bali itu menjadi tumpuan kerana ia menyajikan pemandangan yang hijau dan menyegarkan kepada para pelancong terutama bagi kaki-kaki ‘hiking’.

Gunung Rinjani tumpuan pendaki seantero dunia
PARA pendaki bermalam di tapak perkhemahan sebelum meneruskan pendakian di Gunung Rinjani dan dalam masa sama dapat menikmati keindahan matahari terbenam di sana. - JOURNEYERA.COM

Betul, terdapat sebuah gunung yang terkenal di Lombok. Ia bukan sahaja terkenal dalam kalangan pendaki di Malaysia malah menjadi tumpuan pendaki seantero dunia.

Gunung Rinjani merupakan gunung ke dua tertinggi di Indonesia. Dengan ketinggian 3,762 meter, gunung berapi itu menjanjikan pemandangan menarik kepada pendaki yang berjaya sampai ke puncaknya.

Apa yang dapat disaksikan dari Gunung Rinjani?

Gunung Rinjani tumpuan pendaki seantero dunia

INILAH salah satu air terjun terdapat di Gunung Rinjani yang menjadi tumpuan para pendaki gunung ke dua tertinggi di Indonesia itu. - GAMBAR HIASAN

Gunung Rinjani mempunyai lebih 20 air terjun serta kolam air panas semulajadi yang dikenali sebagai Air Kalak. Ia mempunyai banyak kolam kecil dengan suhu air yang berbeza.

Di puncaknya, tiada sebatang pokokpun akan menghalang pemandangan, malah pendakinya boleh melihat keindahan kawah Gunung Batujari yang dikelilingi oleh tasik Segara Anak. Sungguh menakjubkan.

Selain air terjun dan kolam air panas, Gunung Rinjani juga menyimpan khazanah alam iaitu Gua Susu dan Gua Payung Mas. Sebab itulah gunung itu menjadi tumpuan dunia.

Gunung Rinjani tumpuan pendaki seantero dunia

LUAS pemandangan dari tapak perkhemahan dekat kaki Gunung Rinjani, pasti mengujakan para pendaki. - ZAFIGO.COM/Sarah-Ann Yong Jenlee

Bagi mereka yang gemar melihat pemandangan matahari terbit atau terbenam, Gunung Rinjani menjanjikan pemandangan tanpa batasan.

Gunung Rinjani tumpuan pendaki seantero dunia
PEMANDANGAN hijau luas menjadi hiasan bagi pendaki-pendaki yang mendaki Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia. Suasana sedemikian pastinya dapat menghilangkan penat keringat mendaki gunung setinggi 3.762 meter itu. - MYFIVEACRES.COM

Anda boleh menyaksikan matahari terbit dan terbenam di kaki langit yang luas serta boleh dilihat sekeliling tanpa batasan sambil menikmati kedinginan tiupan angin antara 12 hingga 20 darjah celcius. - UTUSAN ONLINE

Gunung Rinjani tumpuan pendaki seantero dunia

ANTARA kolam air panas yang terdapat di Gunung Rinjani menjadi tumpuan pendaki untuk menghangatkan badan selepas seharian berada dalam suasana dingin antara 12 hingga 20 darjah celcius. - JOURNEYERA.COM