Pengarah LPNS, Baharudin Jali berkata, pertandingan bersempena Festival Pantai Port Dickson yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000 sekali gus meningkatkan semangat kaki pancing untuk terus bersaing.

Menurutnya, juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000, naib juara, RM5,000 dan tempat ketiga RM1,000.

“Hadiah wang tunai juga turut disediakan kepada pemenang sehingga tempat ke-40 dan berkonsep sapu bersih,” katanya dalam kenya­taan akhbar di sini.

Tambah Baharudin, kaunter pendaftaran akan dibuka pada Ahad ini bermula pukul 3 petang hingga 10 malam di khemah urus setia di lokasi pertandingan sehingga hari pertandi­ngan.

“Harapan saya nama Pantai Cahaya Ne­geri lokasi yang sinonim sebagai lokasi meman­cing dapat menarik pelancong dalam dan luar menerusi festival yang turut diadakan bermula 28 April,” katanya.

Yuran penyertaan adalah RM50 untuk setiap joran dan peserta terawal mendaftar akan menerima baju T daripada pe­nganjur.

Selain itu, peserta bertuah juga berpeluang memenangi hadiah bonanza dua buah televisyen berukuran 32 inci.

Turut memeriahkan cabaran memancing ini ialah rakan strategik bersama iaitu Oishi Green Tea dan Igloo-UFL.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut me­ngenai festival dan pertan­dingan boleh menghubungi urusetia 013-3052811, 013-2667011, 012-2846811atau dengan melayari laman sosial Facebook: https://www.facebook.com/Berita-Pan-cing-1658158801102517/