AHLI kelab Bukit Goh Motorcross Extreme bergambar berlatar belakangkanBagi mereka yang menggemari cabaran semula jadi, hujung minggu merupakan masa sesuai untuk melepaskan 'gian' dengan aktiviti sukan bermotor setelah seminggu penat bekerja.

Berikutan itu, Kelab Motorcross Extreme Bukit Goh mengambil inisiatif mewujudkan litar untuk sukan ekstrem berkenaan di Felda Bukit Goh di Kuantan, Pahang bagi memberi ruang kepada ahlinya mengisi hujung minggu mereka dengan kegiatan tersebut, di samping mengasah kemahiran masing-masing.

Pengerusi Kelab Motorcross Extreme Bukit Goh, Norizan Ahmad berkata, sukan motosikal lasak popular dalam kalangan mereka yang tinggal di daerah kecil dan kampung terutama kawasan yang mempunyai banyak ladang kelapa sawit.

Katanya, pengendalian motosikal lasak amat sesuai di kawasan seperti itu kerana faktor berbukit, kawasan tanah ladang dan berbatu, selain 'aksi terbang' atau aksi lompatan tinggi ke udara memberi kepuasan kepada penunggangnya.

“Kelab ini, antara yang aktif di sekitar Kuantan. Permulaannya sekadar untuk mengisi masa lapang, namun menjadi lebih serius apabila semakin ramai berminat sehingga menjadikannya sebagai aktiviti hujung minggu yang wajib bagi ahli kelab.

“Disebabkan mempunyai hobi sama, aktiviti sukan lasak ini menjadi rutin mingguan bagi peminat tegar yang dahagakan keseronokan tunggangan mencabar,” katanya kepada S2.

Menurut Norizan, berikutan aktiviti berkenaan, deruman bunyi enjin daripada pelbagai jenis model dan jenama motosikal seperti Yamaha, Honda dan Husvarna pasti kedengaran memenuhi suasana sebelah petang hujung minggu di Felda Bukit Goh.

AHLI kelab Bukit Goh Motorcross Extreme bergambar kenangan.Katanya, trek yang dibina atas daya usaha ahli kelab itu turut menjadi tumpuan masyarakat setempat bagi meluangkan masa bersama keluarga untuk melihat pelbagai aksi daripada peminat sukan lasak berkenaan.

“Trek ini merupakan alternatif bagi peminat sukan lasak untuk meningkatkan kemahiran individu serta skil pengendalian jentera masing-masing. Ini kerana terdapat halangan tersendiri seperti kawasan berbukit, jalan berlumpur serta selekoh berbahaya bagi menguji kecekapan dan kebolehan jentera masing-masing.

“Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk setempat yang meminati sukan lasak berkumpul di trek tersebut bagi melihat aksi dan gaya tunggangan yang bersahaja serta menghiburkan,” katanya.

Bagi mereka yang baru berminat dengan sukan motosikal lasak sebagai aktiviti hujung minggu, pemilihan jentera dan model bersesuaian sangat penting bagi memastikan penunggang tidak kekok semasa mengendalikannya.

Tambah Norizan, lazimnya ahli Kelab Extreme Bukit Goh berkumpul di trek berkenaan pada sebelah petang sebagai rutin hujung minggu untuk melepaskan 'gian' menunggang motosikal lasak dalam persekitaran mencabar.

“Rata-rata peserta berasa puas apabila mendengar bunyi deruman enjin dari jentera masing-masing semasa menunggang dan apa yang lebih manis apabila berjaya melepasi halangan dan rintangan.

“Kami menitikberatkan pemakaian sut keselamatan yang lengkap dan kasut khas bagi mengelakkan sebarang kemungkinan boleh berlaku ketika mengendalikan jentera ini,” katanya.

Dalam pada itu, walaupun ada beranggapan sukan motosikal lasak itu berbahaya kepada penunggangya, peminat tegarnya pula berpendapat sebaliknya.

JALAN yang berlopak dan berlumpur menjadikan sukan lasak ini sebagaiMereka menganggap semakin mencabar halangan dan rintangan perlu ditempuhi, semakin seronok aktiviti berkenaan, malah ada yang sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit demi hobi itu.

Seorang ahli kelab tersebut, Mohd Rajesh Mohd. Yusof, 34, berkata, sukan motosikal lasak mempunyai keseronokan yang tersendiri kepada penunggangnya, selain menguji tahap kesabaran.

“Situasi ini dapat dirasakan apabila kita melalui halangan seperti jalan berlopak dan berbatu,” katanya yang bekerja sebagai peniaga.KERJASAMA dan sikap saling membantu perlu bagi mengharungi halangan.

Bagi Mohamed Johelmi Jalaludin, 23, pula, sukan motosikal lasak menjadi aktiviti yang wajib dilakukannya pada hujung minggu bersama ahli kelab lain kerana sukan itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

“Semasa berkonvoi menempuh jalan hutan atau trek, sikap saling bekerjasama dapat dilihat apabila berlaku sebarang kerosakan jentera ahli kelab,” ujarnya.