Ahmad Zahid yang tiba kira-kira pukul 10.30 pagi di Dataran Putrajaya, Presint 3 disambut hampir 6,000 pengunjung termasuk ahli-ahli persatuan motosikal berkuasa tinggi seluruh negara.  

Program Merdeka Ride 2017 anjuran Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) yang bermula pada 4 September lalu di Jeli, Kelantan itu turut disertai penunggang motosikal dari Brunei, Thailand dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan nombor pendaftaran khas SAM 1 hingga 9999 yang akan dibuka bidaan bermula minggu depan. -UTUSAN ONLINE.