Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

62 rakyat Malaysia 'tawan' Annapurna Base Camp

Annapurna
Peserta melalui trek di lereng-lereng bukit pada hari kedua pendakian Cabaran Annapurna 2017 Media bersama Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini.-BERNAMA

POKHARA 1 Mei - Hujan salji dan angin kencang dengan suhu sejuk sehingga negatif lima darjah Celsius tidak mematahkan semangat 62 peserta program Cabaran Annapurna Media dan Bomba Malaysia 2017 untuk muncul sebagai kumpulan peserta teramai dalam ekspedisi menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp (ABC) yang terletak di banjaran Himalaya, semalam (30 April).

Ketua Ekspedisi, Fazli Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan oleh agensi kembara di sini bahawa setakat tarikh semalam, belum ada kumpulan seramai itu dalam satu ekspedisi dari Malaysia menjejakkan kaki di ABC di ketinggian 4,130 meter dari paras laut.

“Kelab Media Pahang selaku penganjur program akan merujuk kejayaan ini kepada Malaysia Book of Records (MBOR) untuk direkodkan sebagai kumpulan peserta teramai dalam satu ekspedisi menjejakkan kaki di ABC,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jarak pendakian yang ditempuh adalah sejauh 41.34 kilometer yang memakan masa empat hari bermula dari Siwai.

Dalam cabaran itu, kesemua peserta berjaya mengharung suhu sejuk dan altitud tinggi yang menuntut kekuatan fizikal dan mental bagi menamatkan misi yang digalas.

Walaupun ada peserta menghadapi masalah kesihatan berikutan diserang mabuk gunung (AMS), namun semangat kental peserta serta kerjasama berpasukan membuahkan hasil yang cukup manis.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin berkata, laluan yang ditempuh pendaki adalah Siwai menuju Jhinu Danda, Bamboo dan Duerali sebelum tiba di ABC pada 30 April.

Katanya, peserta pertama tiba di ABC pada pukul 11.30 pagi (waktu Nepal) manakala peserta terakhir 2.30 petang.

“Kami juga berjaya merentangkan Jalur Gemilang paling besar bersaiz enam meter x 12 meter seberat 11 kilogram tajaan Anih Berhad berharga RM10,000 di papan tanda bertulis ABC,” tambahnya.

Dalam pada itu, program anjuran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tersebut disertai 21 anggota bomba, 31 wakil media,lima staf Kementerian Kesihatan dan lima wakil belia.

Antara yang mengambil bahagian ialah Pengarah JBPM Pahang. Datuk Abdul Wahab Mat Yasin; Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood; Pengarah JBPM Kedah, Abdul Razak Muda; Pengarah JBPM Sarawak, Nor Hisham Mahmood; Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Saadon Moktar dan pakar telinga, hidung dan tekak Hospital Kuala Krai, Kelantan, Dr. Eshamsol Kamar.

Abdul Wahab berkata, program itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan serta kerjasama antara anggota bomba dan media selain diadakan sempena sambutan Hari Bomba Sedunia 2017 yang akan disambut di Ipoh, Perak pada 4 Mei ini.

“Ia juga diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60 pada tahun ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

 

 

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan