Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad berkata, ekspedisi itu dianjurkan pergerakan berkenaan dengan kerjasama Kelab Media Pahang (KMP) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kata beliau, penganjurannya bertujuan meningkatkan semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan peserta terlibat.

“Ekspedisi ini juga untuk menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta terutama ahli Pemuda UMNO Pekan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelepasan dan penyerahan bendera Ekspedisi Cabaran Gunung Daik yang disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ishak Muhamad di Bangunan UMNO Bahagian Pekan di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE