Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Real Taste penuhi cita rasa rakyat Malaysia

Hotel The Pure tawar pelbagai promosi bagi nikmati juadah istimewa

KEDUDUKAN Hotel The Pure yang strategik berhampiran Plaza Tol 12
KEDUDUKAN Hotel The Pure yang strategik berhampiran Plaza Tol Sungai Petani (Selatan) menjadi pilihan terbaik kepada pelancong untuk menginap atau menganjurkan seminar, mesyuarat dan majlis korporat.

SUNGAI PETANI 9 Mac - Persepi mahal dan terlalu mewah menyebabkan ba­nyak yang berasa takut untuk menjamu selera di hotel meskipun harga yang ditawarkan tidak jauh berbeza dengan harga makanan di restoran.

Bagi mengubah persepsi tersebut, Hotel The Pure me­lancarkan pelbagai promosi bagi membolehkan pengunjungnya menikmati sarapan, makan te­ngah hari, minum petang dan makan malam di restoran hotel bertaraf empat bintang pada harga berpatutan.

Ketua Chef Hotel The Pure, Andy Yap Han Woi berkata, promosi yang dijalankan pihak hotel bukan alasan untuk pasukannya untuk­berkompromi dari segi kualiti bahan dan rasa sebalik­nya hanya yang terbaik disajikan bagi memastikan pengunjung terus setia bersama mereka.

“Pengunjung patut da­tang ke restoran Real Taste dan menikmati hidangan dalam keadaan selesa kerana menu kami yang mengenengahkan cita rasa Asia yang pastinya mampu memenuhi selera tetamu khususnya rakyat Malaysia.

“Untuk sarapan pagi, setiap hari kami menawarkan antara 60 hingga 70 jenis hidangan secara bufet bagi membolehkan tetamu membuat pilihan. Antara juadah istimewa yang mereka boleh cuba adalah bawal goreng, roti prata atau nasi lemak, nasi mi­nyak dan briani selain pelbagai variasi mi dan roti turut disajikan.

“Dengan pelbagai hidangan bercita rasa Asia ini, pengunjung hanya perlu membayar RM32 seorang untuk dewasa manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun pula RM16 seorang. Bagi setiap tiga pembelian, kita memberi percuma untuk seorang lagi,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Promosi makan 
tengah hari, malam

Menurut Andy, pihak hotel turut me­ngadakan promosi Quick Lunch Set Menu yang menawarkan la­pan pi­lihan hidangan yang ber­mula dari RM19 hingga RM25.

“Setiap set akan dihidangkan dengan salad, pemanis mulut, kopi atau teh serta pilihan juadah utama iaitu bihun goreng istimewa, chicken for fun, sandwich atau burger ayam bersama jejari kentang, grill chicken chop, filet ikan klasik, mi mamak dan nasi goreng oriental.

“Untuk menarik pe­ngunjung menikmati ma­kan tengah hari di restoran kami, pihak hotel turut menawarkan potong­an 20 peratus kepada tetamu yang memberikan kad perniagaan mereka.

“Selain itu, pihak hotel juga mengadalan promosi set minum petang pada harga RM48 dan RM68 dan mereka juga berpe­luang mendapatkan potongan harga sebanyak 20 peratus de­ngan like dan kongsi laman Facebook The Pure Hotel Sungai Petani Kedah,” ujarnya.

Andy berkata, pihak hotel turut mengadakan promosi potongan 30 peratus untuk pe­ngunjung yang membuat tempahan tiga menu Asian Aunthentic bagi menikmati makan malam di restoran Real Taste pada setiap Jumaat.

“Bagi peminat cita rasa Asia Authentic, kami menyediakan menu seperti 4 king vegetables with prawn, ayam penyek dan crispy nestum cereal prawn yang mana lauk tersebut akan turut dihidangkan bersama sambal matang dan asam pedas selain nasi putih.

“Bagi peminat makanan laut pula, mereka wajib berkunjung ke sini pada Sabtu ke­rana kita menawarkan bufet makan malam pada RM88 seorang untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Hidang­an adalah segar dan disajikan dalam pelbagai pilihan menu,” katanya.

Lokasi strategik, mudahkan pengunjung

Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat Hotel The Pure, Saleza Zakaria berkata, restoran Real Taste menyediakan makanan halal dan pihak hotel sedang berusaha mendapatkan sijil perakuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Selain restoran kami boleh memuatkan lebih dari 200 orang pada satu-satu masa, kami juga mempunyai bilik khas untuk tetamu VIP menikmati hidangan dalam keadaan lebih privasi dan selesa di tingkat dua.

“Pihak hotel juga menawarkan pakej makanan yang bermutu tinggi untuk majlis perkahwinanan Melayu, Cina dan India bermula RM1,088 bagi setiap meja (10 orang) atau dari RM78 seorang bagi pilihan hidangan secara bufet,” katanya.

Dalam pada itu, Saleza memberitahu, orang ramai menginginkan percutian mewah dengan penginapan moden dan baharu di Sungai Petani mereka boleh berkunjung ke hotel The Pure yang memulakan operasi pada 1 Oktober 2016.

“Konsep bisnes dan moden yang ditonjolkan serta kedudukan hotel yang strategik berhampiran Plaza Tol Sungai Petani (Selatan) menjadikan hotel ini adalah pilihan terbaik kepada pelancong untuk menginap atau menganjurkan seminar, mesyua­rat dan majlis korporat.

“Hotel The Pure mempunyai 123 bilik yang terdiri daripada empat jenis bilik iaitu deluxe, deluxe executive, business exe­cutive dan governor suite. Harga bilik bermula dari RM238 hingga RM1,888 semalam.

“Di hotel ini juga, kita mempunyai tiga function room dan sebuah dewan utama yang boleh memuatkan 450 hingga 500 orang pada satu-satu masa. Selain itu, kita juga mempunyai Sky Lounge & Bar di tingkat atas bagi membolehkan tetamu bersantai dan menikmati hidangan ringan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai kemudahan disediakan seperti gimnasium, kolam renang, bilik hiburan dan capaian internet berkelajuan tinggi di seluruh bangunan selain mempunyai lebih 150 tempat letak kereta untuk keselesaan pelanggannya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan