Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rakamkan aksi Sukan sea kl

GUNAKAN kelebihan yang ada pada lensa wide angle (bidang luas) dengan sebaik-baiknya untuk menghasil 2
GUNAKAN kelebihan yang ada pada lensa wide angle (bidang luas) dengan sebaik-baiknya untuk menghasilkan sebuah karya bermutu. GAMBAR HAFIZ JOHARI

Sudah lebih seminggu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berlangsung di negara kita. Pelbagai acara dipertandingkan dan ia senantiasa mendapat sambutan luar biasa daripada peminat sukan seluruh tanah air. Semangat Bangkit Bersama yang dipupuk melalui sukan berprestij ini jelas kelihatan dalam apa juga acara yang dipertandingkan.

Daripada pemerhatian kami, rata-rata peminat sukan yang mengunjungi gelanggang kejohanan membawa kamera masing-masing dengan pelbagai lensa yang bersesuaian. Gunakan semua lensa yang anda miliki seperti telephoto, wide angle dan sebagainya untuk menghasilkan karya terbaik.

Walaupun mereka tidak mempunyai akreditasi seperti jurufoto media, namun kesungguhan dan minat mereka dalam merakam aksi atlet amat membanggakan. Mereka bukan sahaja merakam foto malah video.

Tahniah kepada mereka yang bersungguh-sungguh merakamkan aksi sukan kerana peluang seperti ini hanya berlaku hampir sepuluh tahun sekali di negara ini. Oleh itu, inilah masanya bagi mereka yang meminati fotografi sukan untuk berkarya sepuas-puasnya.

Walaupun kebanyakannya hanya duduk di kerusi penonton, tetapi dengan peralatan yang lengkap seperti jurufoto profesional, mereka kelihatan berusaha untuk mendapatkan hasil gambar terbaik.

Kami di Lensa Rencam amat gembira melihat suasana seperti ini kerana semakin ramai rakyat Malaysia menghargai nilai kehebatan fotografi sukan. Anda boleh menilai betapa susahnya menjadi jurufoto sukan terbaik.

Apa tidaknya, setiap aksi perlu dirakamkan dengan sempurna, – jika anda terlepas sesuatu aksi anda tidak boleh lagi mengulangi rakaman tersebut. Itulah hakikat kepayahan yang ditanggung seseorang jurufoto sukan.

Jadi, masih ada lagi beberapa hari Sukan SEA KL berlangsung. Oleh itu ambil kesempatan ini untuk terus mengunjungi gelanggang bagi mendapatkan hasil gambar setiap acara sukan dipertandingkan. Rakamkan apa sahaja acara sukan yang diminati supaya anda dapat mengasah bakat dan berkarya sepuas hati.

Selain itu, gambar-gambar yang dirakamkan boleh dihantar untuk menyertai pelbagai pertandingan foto. Antaranya, anda boleh menghantar karya ke peraduan fotografi harian anjuran Kumpulan Utusan yang menawarkan hadiah menarik.

  • Hantarkan karya anda ke http://bit.ly/AkSEA2017, karya anda akan dinilai oleh juri berpengalaman dan setiap foto yang terpilih akan disiarkan dalam laman sesawang Utusan Online.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan