Menurut VPCM, Polo 1.6 hatchback direka untuk keseronokan pemanduan dalam bandar.

Jelas syarikat itu, walaupun bersaiz kecil tetapi Polo 1.6 mampu menawarkan pemanduan sempurna jika pelanggan menginginkan pemanduan yang dinamik tanpa meminggirkan aspek keselesaan, keselamatan dan kualiti.

“Menggunakan enjin 1.6 liter 105 PS dengan teknologi Multi Point Injection (MPI), ia menghasilkan kilas maksimum 153 Nm pada 3,800 rpm dan digabungkan dengan transmisi automatik Tiptronic enam kelajuan. Selain itu, anggaran penggunaan petrol bagi model ini adalah 6.3 liter bagi setiap 100 kilometer.

“Polo 1.6 juga dilengkapi dengan unit RCD 330G baharu yang memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan seperti skrin sentuh, pemain CD, USB dan antara muka untuk iPod, sokong­an AUX-IN, slot memori kad dan Bluetooth dengan sam­bungan MirrorLink,” katanya dalam kenya­taan di sini baru-baru ini.

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke pusat pameran Volkswagen berhampiran atau melayari laman web www.volkswagen.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.