Pengarah Eksekutif Kian Hon Tyres, Helen Tan berkata, objektif utama pembinaan MaxxPit tersebut bagi memastikan konsistensi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan jenama tayar terkemuka itu sekali gus meningkatkan kepuasan mereka.

“Kami menjamin kualiti dan bukannya kuantiti. Kami juga berharap mampu memberikan kepercayaan kepada pengguna untuk terus menggunakan jenama tayar ini.

“Bukan itu sahaja, kami juga bekerjasama dengan TAL Tyres Sdn. Bhd yang merupakan penerima anugerah Prestasi Terbaik selama beberapa tahun untuk memastikan hanya kualiti yang terbaik diberikan kepada mereka,” katanya pada majlis pelancaran bengkel tersebut.

Maxxis yang merupakan syarikat pengeluar tayar yang ke sembilan terbesar di dunia sudah beroperasi di lebih 150 buah negara.

Mengulas lanjut, menurut Helen, syarikatnya juga menyasarkan untuk membina 15 lagi bengkel MaxxPit di seluruh semenanjung Malaysia dalam jangka masa tiga tahun.

“Kami akan terus mencari peluang dan mempertingkatkan servis dan kualiti untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE