Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata, Toyota Sienta serba baharu dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga moden di bandar yang menginginkan nilai premium dan rekaan unik serta tersendiri.

Ujarnya, model serba baharu tersebut ditawarkan dalam dua varian, Sienta 1.5V dan Sienta 1.5G dengan enam pilihan warna.

“Dengan banyak nilai tambah yang ditawarkan oleh Toyota Sienta serba baharu ini, saya yakin ia akan memenuhi selera pengguna terutamanya golongan berkeluarga,”katanya.

MPV kompak Sienta dikuasakan dengan enjin Dual VVT-i 1.5 liter.

Sienta 1.5G dijual pada harga RM92,900 manakala bagi varian 1.5V ia ditawar pada harga RM99,900 di Semenanjung Malaysia. - UTUSAN ONLINE