Pembukaan pusat pengedaran itu yang melibatkan pelaburan lebih RM130 juta, merupakan sebuah kemudahan BMW paling besar seumpanya di rantau Asia Pasifik.

Pusat pengedaran berkenaan menyokong lebih 23 buah negara di rantau ini sebagai gudang logistik serta pusat pengedaran alat ganti untuk alat ganti selepas jualan, komponen dan barangan gaya hidup bagi jenama BMW, MINI Dan BMW Motorrad.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud merasmikan pusat pengedaran berkenaan.

Yang turut hadir Naib Presiden Kanan BMW Group Asia, Pasifik dan Afrika Selatan; Hendrik Von Kuenheim; Naib Presiden Bahagian Pengurusan Logistik BMW Group, Wolfgang Baumann; Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Han Sang Yun dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari. - UTUSAN ONLINE