Jumlah tersebut menjadikan Rimba Raid 3 , satu perhimpunan motosikal offroad terbesar setakat ini. Penganjurnya telah berjaya menghimpun peminat motosikal offroad dan dual purpose (pelbagai guna) dalam satu program.

Menurut Pengarah Projek Rimba Raid, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, penyertaan kali ini adalah di luar jangkaan ekoran reputasi baik daripada program lepas. Malah peningkatan pengguna yang menunggang motosikal dual purpose, menjadi tarikan. Justeru, penganjuran program seperti ini memang dinantikan peminatnya.

“Sambutan untuk program peminat motocross memang tidak dapat dinafikan, kumpulan mereka memang ramai, cuma untuk kategori motosikal “besar” agak kurang. Jadi kami memberi focus kepada kategori ini untuk diketengahkan dan diberi pendedahan sepatutnya”.

Di sini kami telah merangka laluan mencabar untuk mereka bermula dari Kampung Pagi menuju ke Kampung Bukit Mat Daling, mereka perlu melalui jalan offroad sejauh 47 kilometer. Keseronokan dan cabaran bermula dari sini. Penunggang akan menempuh laluan balak berbukit tinggi dan laluan curam, merentas sungai berbatu, jalan berpasir, jalan dalam pembinaan yang berdebu dan laluan yang berlumpur di sepanjang perjalanan menuju ke Kampong Bukit Mat Daling.

Laluan untuk ke kampung ini juga sesuai untuk motosikal besar di samping permandangan bukit-bukau yang cantik dan suasana yang nyaman. “Motor kecil memang senang nak lalu tapi motor besar agak mencabar, tapi tak mustahil nak lalu,” jelasnya lagi.

Bagi Kapten Nik Ahmad Huzlan, sambil bergembira bersama kawan-kawan, kita belajar sambil ride dengan orang yang berpengalaman. Bila kita ada kawan kita akan lebih yakin kerana pasti akan dibantu dan diberi tunjuk ajar daripada mereka. Separuh motosikal ada setting mood yang moden jadi kita boleh tanya pada mereka yang biasa untuk memilih setting terbaik supaya motor senang dikawal dan dapat menguji kemampuan dan prestasi sebenar yang ada pada motosikal tersebut.

Di Kampung Bukit Mat Daling satu trek khas untuk fun race disediakan penganjur bagi menambah cabaran dan keseronokan. Semua peserta boleh menguji kecekapan menunggang di sini. Komitmen dan fokus perlu tinggi kerana cabaran dan disiplin penunggangan lasak agak mencabar bagi motor-motor besar dan berat. Trek sepanjang 4.1 kilometer ini akan melalui laluan berlopak, bukit tinggi dan curam, laluan berpasir dan berbusut.