Presiden PRC, Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata, program tersebut terbuka kepada semua ahli PRC dan juga Pekema.

Katanya, program tersebut mengenakan dua kategori yuran iaitu dengan kemeja-T PRC atau pun tanpa kemeja-T kelab itu.

“Untuk pendaftaran dengan kemeja-T PRC, yuran dikenakan ialah sebanyak RM90, tetapi tarikh tutup untuk tempahan kemeja-T itu adalah sehingga Jumaat (14 Oktober) sahaja.

“Bagi pendaftaran tanpa kemeja-T, yuran hanya RM60 sahaja. Peserta perlu berkumpul di Wisma Rahman Brothers di Shah Alam pada pagi 21 Oktober itu sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah dirancangkan dalam program konvoi tiga hari dua malam di Kelantan itu.

Antaranya ialah penyampaian sumbangan oleh Yayasan Pekema pada 22 Oktober.

Konvoi dijadualkan bertolak dari Wisma Rahman Brothers pada pukul 8.15 pagi dan dijangka tiba kira-kira pukul 6.30 petang di Holiday Villa Hotel & Suites di Kota Bharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh menghubungi talian 012-3815410