Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Naza tawar empat model baharu

SM Faisal SM Nasimuddin menaiki motosikal Ducati, Monster 797 2
SM Faisal SM Nasimuddin menaiki motosikal Ducati, Monster 797 disaksikan David Ting (kiri), Usman Ali (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Ducati Malaysia, Fazli Hisham Shukor pada majlis pelancaran motosikal tersebut di Petaling Jaya, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kumpulan Naza memperkenalkan empat model automotif baharu merangkumi jenama Chevrolet, Piaggio, Vespa dan Ducati sempena Pameran Auto Merdeka Naza 2017 yang berakhir hari ini di Naza Automall, Petaling Jaya, dekat sini.

Model baharu tersebut ialah Chevrolet Colorado dengan tiga varian berbeza, Colorado X, Co­lorado X-Urban and Colorado X-ADV; Piaggio Medley S 150 ABS; Vespa S125 I-GET serta dua mo­del Ducati iaitu Ducati Monster 797 dan Ducati Multistrada 950.

Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata, pameran itu merupakan masa paling tepat untuk memperkenalkan barisan model baharu terbabit dalam pasaran tempatan.

“Kami berbangga dengan pelancaran model baharu ini kerana objektif utama pame­ran adalah untuk memberikan pengalaman berkualiti kepada para pelanggan,” katanya sempena pelancaran keempat-empat model baharu itu di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, David Ting dan Pengarah Kewangan kumpulan tersebut, Usman Ali.

Ketiga-tiga varian Colorado X dikuasakan oleh enjin turbodiesel Duramax 2.5 liter ditawarkan oleh pengedar dan pengimport Chevrolet, Naza Quest Sdn. Bhd. pada harga bermula RM114,437.48 sebuah.

Sementara itu, pengedar rasmi Piaggio dan Vespa, Naza Premira Sdn. Bhd. menawarkan Piaggio Medley S 150 ABS dengan harga jualan asas RM17,000, manakala model Vespa S125 I-GET pula RM11,600 sebuah.

Pengedar dan pengimport motosikal Ducati, Next Bike Sdn. Bhd. pula membekalkan Ducati Mons­ter 797 pada harga RM55,900, manakala Ducati Multistrada 950 berharga RM85,900 sebuah.

Naza menawarkan harga dan kadar faedah lebih rendah untuk pelbagai jenama automotif termasuk Maserati, Brabus, Chevrolet, Indian Motorcycles, Harley-Davidson, Ducati, Vespa, Aprilia dan Naza Bikes sempena pameran itu.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan