Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pelantikan tersebut tepat pada masanya kerana pasaran motosikal premium mempunyai potensi yang besar untuk berkembang di wilayah pantai timur.

Katanya, Millennium Welt merupakan rakan niaga yang penting kerana kebolehan mereka untuk menunaikan janji menerusi penawaran pengalaman premium BMW untuk pelanggan di Kuantan.

“Kami percaya bahawa mereka merupakan pilihan terbaik untuk membantu memperkukuhkan kedudukan kami di rantau berke­naan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley berkata, negeri-negeri di pantai timur memiliki jalan yang luas dan berangin menjadikan ia lokasi yang sesuai untuk menunggang motosikal,

“Apa yang paling penting adalah wilayah ini menyumbang kepada penjualan lebih daripada 50 buah motosikal setiap tahun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan stabil saban tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong optimis mampu membina kredibiliti yang kukuh dengan para pelanggan di Pahang serta kawasan di sekitarnya kerana telah menjadi pengedar rasmi jenama BMW di Kuantan sejak 2016.

Menurutnya, beliau percaya melalui pertambahan jentera BMW motorrad ke dalam portfolio kenderaan premium syarikat ia bakal menyumbang kepada peningkatan jualan di kawasan berkenaan.