Untuk memenuhi keperluan tersebut, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang digelar jentera pengangkutan seisi keluarga menjadi pilihan kebanyakan mereka yang memiliki saiz keluarga melebihi lima orang.

Pemilik dan pengarah Medan Quantum Sdn. Bhd., Hamzi Qayyum Khairiri, 30, berkata, kepuasan pelanggan adalah jaminan utama syarikat yang ditubuhkan pada 1997 itu.

“Fokus utama perniagaan kami dalah MPV dan sasaran pelanggan terdiri daripada mereka yang berkeluarga. Atas sebab itu, kami hanya menawarkan kenderaan yang berkualiti dan gred tinggi dari tahun 2012 hingga 2015 pada harga yang sangat murah berbanding pasaran biasa.

“Berikutan harga yang murah itu kami sentiasa memastikan stok kenderaan sentiasa ada. Jaminan tempoh menunggu kepada setiap pelanggan adalah tujuh hari waktu bekerja, selepas pinjaman bank diluluskan. Bagi mereka yang membuat tempahan kereta mewah seperti Ferrari, Porche, Lexus dan lain-lain pula perlu menunggu sebulan lebih sahaja.

“Selain itu, kami juga boleh memberi jaminan rekaan dalaman dan luaran kenderaan di sini semuanya kelihatan seperti baharu malah semua MPV yang dijual tidak berbau rokok, tidak pernah mengalami sebarang kemalangan, bersih di setiap bahagian dalaman kenderaan dan tiada calar di mana-mana panel kereta,” katanya.

Jelas Hamzi Qayyum yang berasal dari Ampang, Selangor, bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang pelbagai, syarikatnya itu turut mengimport kenderaan yang sukar didapati di Malaysia dengan pesanan khas mengikut kehendak masing-masing.

Katanya, seluruh kakitangan khususnya jurujual yang terdiri daripada majoriti kaum Melayu dan lapan orang berbangsa Cina mempunyai pengalaman dalam membuat tempahan khas tersebut malah sekurang-kurangnya dua kali sebulan turun ke negara pengeluar bagi tujuan tersebut.

“Menariknya, harga yang ditawarkan juga berpatutan dan boleh dikategorikan murah berbanding pasaran biasa kerana prosedur operasi standard (SOP) Medan Quantum adalah sama sekali tidak akan menyimpan kenderaan yang hendak dijual untuk tempoh yang lama.

“Dalam kata yang lebih mudah, kenderaan yang baharu tiba dari negara pengeluar hanya akan berada di sini selama tiga bulan. Sebab utama kita mengamalkan konsep sedemikian adalah kerana lagi cepat kenderaan itu dijual, lagi cepat pusingan modal untuk perniagaan boleh dilakukan,” katanya.

Tambah beliau, Medan Quantum memulakan operasi dalam bidang automotif di Glenmarie, Shah Alam sebelum berpindah ke Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur (berdekatan Wisma Mah Sing) pada 2013 dan membuka cawangan kedua di Jalan Jelatek, Setiawangsa (berdepan Stesen LRT Jelatek) tahun lalu.

Katanya, sebab utama berpindah kerana mendapati jualan di Lembah Klang semakin memberangsangkan malah sejak dua tahun lalu syarikatnya itu berjaya meraih keuntungan yang cukup membanggakan.

“Guru saya, Datuk Seri Zukri Samat banyak mengajar dan menasihatkan tentang selok-belok perniagaan sejak tujuh tahun lalu. Beliau juga tidak lokek dalam memberi tips-tips mengenai perkembangan ekonomi.

“Selain itu, sumbangan terbesar kejayaan Medan Quantum hingga hari ini banyak bergantung oleh kesemua kakitangan yang terdiri daripada 44 orang bermula daripada jurujual, juruaudit, pengurusan, pereka dalaman dan perincian kenderaan serta kawalan kualiti,” katanya.