CR-V tersebut juga merupakan model kenderaan pertama dalam rantau ASEAN menerima keputusan daripada penilaian terbaharu ASEAN NCAP yang mula berkuatkuasa tahun ini sehingga tahun 2020.

“Penarafan ini di­gunakan kepada se­­mua varian Honda CR-V yang baru dilancarkan pada pertengahan Julai lalu dan membuktikan komitmen Honda yang terus mementingkan keselamatan kepada semua pengguna.

“Penarafan ini juga merupakan penanda aras keselamatan kepada Honda untuk terus mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan kerajaan dan mengkaji situasi sebenar serta persekitaran bagi membangunkan teknologi keselamatan terbaharu kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penarafan lima bintang tersebut diumumkan dalam majlis Protokol Keputusan Pertama ASEAN NCAP 2017-2020 di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Khamis lalu.

Penilaian terbaharu ASEAN NCAP merangkumi tiga perkara utama iaitu AOP, COP dan SATs dengan Honda CR-V berjaya mendapat 47.25 mata bagi AOP, 22.84 (COP) dan 18.71 mata untuk SATs.

Penarafan berkenaan merupakan kali kedua berturut-turut generasi CR-V dianugerahkan penarafan lima bintang sejak ASEAN NCAP diperkenalkan pada 2011.

Generasi keempat CR-V sebelum ini telah dianugerahkan lima bintang bagi AOP dan mendapat markah 86 peratus dalam COP pada tahun 2014.

Markah yang tinggi ini juga bermakna CR-V serba baharu ini menjadi model paling selamat bagi segmen SUV termasuk dilengkapi dengan Teknologi Paling Maju Generasi Seterusnya dan beberapa ciri-ciri keselamatan komprehensif.