Menurut Honda, memandang­-
kan kereta tersebutbukan edisi terhad, Honda Malaysia tidak mengehadkan jumlah kemasukannya ke Malaysia.

Namun setakat ini hingga Mac 2018, Honda Malaysia telah menempah sebanyak 150 buah buah Civic Type R dari kilang Honda Swindon, United Kingdom.

Dijual pada harga RM320,000 untuk pasaran Malaysia, Civic Type R FK8 dilengkapi enjin 2.0 liter VTEC Turbo yang menjana 310 PS pada takat 6,500 rpm serta kuasa kilas 400 Nm bermula 2,500 hingga 4,500 rpm, digabungkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan bersama LSD helical.

Enjin berkenaan menjana 10 PS kurang dari pasaran Eropah, namun keistimewaan talaan ini, ia masih boleh beroperasi secara optimum walaupun menggunakan petrol RON 95.