Semuanya gara-gara penganjuran Port Dickson International Bike Fest (PDIBF) 2016 yang memasuki edisi ke-15 di Hotel Mayang Sari.

Berbanding acara sebelum ini, penganjuran itu memperlihatkan kelainan ketara dengan perubahan lokasi bagi menarik lebih ramai penyertaan dari dalam dan luar negara.

Menurut Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharudin Jali, Festival PDIBF yang ketiga di bawah anjuran Kelab Motosikal Daerah Seremban (SDMC) merupakan acara penting dalam kalendar pelancongan negeri.

“Festival sebegini bukan sahaja diadakan untuk penduduk setempat keluar beriadah bersama keluarga, tetapi dalam masa sama mempromosikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan untuk masyarakat serantau.

“Tahun ini, kita memilih lokasi tepi pantai yang selaras dengan konsep Port Dickson sebagai pantai peranginan negara,” katanya kepada .comY.

Menurut Baharudin, penganjuran acara berkonsepkan perhimpunan motosikal berkuasa tinggi itu melibatkan penyertaan dari 200 kelab motosikal di seluruh negara serta antarabangsa.

Sementara itu, Presiden SDMC, Azhar Abd. Aziz berkata, festival yang berlangsung selama tiga hari itu turut disertai beberapa syarikat korporat.

Ujarnya, sebanyak 55 gerai jualan dan pameran disediakan termasuk pameran motosikal berkuasa tinggi, aksesori motosikal, pakaian, makanan dan barangan lain.

“Selain itu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan kugiran tempatan serta cabutan bertuah. Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, aktiviti nyanyian lagu Negaraku dan kibaran Jalur Gemilang semasa konvoi turut diadakan,” katanya.

Azhar berkata, pengunjung yang hadir dengan belian goodies bag berharga RM50 mengandungi t-shirt PDIF, pelekat serta baucar cabutan bertuah.

Dalam pada itu, lima peratus daripada kutipan tersebut disalurkan ke badan kebajikan di bawah program Bikers Have Heart.

“Kami telah melakukan siri kempen menderma dalam acara bike fest seluruh negara dan berharap sumbangan ini dapat meringankan beban kepada golongan yang memerlukan,” katanya. - DIANA AZIS