Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, hadiah-hadiah menarik itu merupakan produk eksklusif yang tidak dijual.

“Sempena meraikan penglibatan Yamaha dalam kejohanan MotoGP, edisi terhad Y15ZR ini meneruskan warna tradisi perlumbaan iaitu biru.

“Pada masa sama, grafik skema juga diberi penambahbaikan, sama seperti motosikal lumba Yamaha, YZF-M1 yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

“Warna dan grafik baharu ini menampilkan gaya kepada jentera ini sekali gus mempamerkan bentuk sporty, sama seperti jentera Yamaha pada sesi perlumbaan tahun ini,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.

Harga jualan tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) Y15ZR Edisi GP ini ialah RM8,588 tidak termasuk cukai jalan, nombor plat serta insurans.

Harga ini adalah tambahan RM700 daripada model biasa. - UTUSAN ONLINE