Namun demikian, kenderaan ringkas dua tayar ini pasti menjadi pilihan utama akan datang sekiranya ramai pihak mula sedar bahawa pentingnya untuk mengatasi masalah pembebasan karbon yang terlampau.

Jurucakap Maison Moments Sdn. Bhd., Muhammad Asyraf Syarulshah Abd. Razak berkata, buat masa ini kenderaan itu sudah mula digunakan di sekitar Negeri Sembilan.

“Sehubungan itu, melalui program Malaysia Autoshow 2018 yang diadakan, kami mahu produk ini dikenali dengan lebih meluas kerana alam sekitar kita perlu diselamatkan.

“Selain penggunaannya yang bersifat mesra alam seperti hanya menggunakan tenaga elektrik, E-Twow boleh dilipat dan dibimbit untuk di bawa ke mana-mana sahaja,” katanya kepada Utusan Online.

Muhammad Asyraf berkata demikian sewaktu ditemui dalam program anjuran Institut Automotif Malaysia di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), hari ini.

Katanya lagi, menariknya E-Twow ini adalah ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 30 kilometer sejam dan dijual pada harga bermula RM2,790.

Sementara itu rakannya pula, Abdul Rahman Waili berkata, selain E-Twow, Maison Moments Sdn. Bhd. Turut menawarkan produk MAD Velocifero.

“MAD Velocifero sedikit berbeza daripada E-Twow dan ia kelihatan lebih bergaya. Kenderaan ini memiliki kelajuan dari 15 hingga 45 kilometer sejam dan dijual pada harga bermula RM3,890,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mendapat info lanjut dan mahu membeli kenderaan ini boleh terus menghubungi talian 017-4007800 atau lawati laman social Maison Moments. – UTUSAN ONLINE