Syarikat menetapkan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit bagi model baharu itu, menurut Honda Malaysia.

“Daripada empat varian yang diperkenalkan bagi All-New CR-V,  Turbocharged Premium 2WD 1.5L merupakan yang paling popular, menguasai 40 peratus daripada tempahan, diikuti dengan Turbocharged 2WD 1.5L pada 31 peratus,  i-VTEC (2WD) 2.0L pada 20 peratus dan 1.5L Turbocharged 4WD pada sembilan peratus,” jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut pengeluar kereta itu, sebanyak 80 peratus da­ripada tempahan berkenaan adalah bagi varian turbocharge dan bakinya untuk varian bukan turbocharge, dan nisbah tersebut membuktikan kematangan pasaran Malaysia yang menerima kemajuan teknologi.

“Meskipun permintaan yang tinggi bagi All-New CR-V, Honda Malaysia bekerja keras bagi memastikan tempoh menunggu bagi pelanggan kekal pada tahap standard selama satu hingga dua bulan tanpa kompromi terhadap kualiti,” jelasnya dan menambah, syarikat menyasar untuk menyerahkan kereta kepada pelanggan pada September. – BERNAMA