Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Han Sang Yung berkata, kenderaan sedan perniagaan sukan itu menjadi model ke-11 yang melalui pemasangan tempatan oleh pihak BMW.

Menurut beliau, sejak diperkenalkan pada Mac lalu, BMW 530i M Sport muncul model paling laris di negara ini dengan lebih 1,000 buah telah diserahkan kepada pelanggan.

“Keputusan untuk memasang BMW series secara CKD membuktikan komitmen dan pelaburan jangka panjang kami di Malaysia.

“Selain itu, ia juga sebahagian daripada usaha kami untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik BMW Group di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Sang Yung menambah, BMW 530i M Sport CKD menampilkan reka bentuk atletik, kemas dan berprestij.

Katanya, model generasi ketujuh itu dilengkapi dengan pelbagai sistem operasi pemanduan yang inovatif serta bantuan pemanduan terkini.

“Versi CKD ini didatangkan dengan pakej M Sport seperti komponen M aerodinamik, brek M Sport, rim aloi ringan M, Pedal khas M dan stereng dengan kemasan kulit M. Antara bantuan pemanduan yang terdapat pada model ini adalah Amaran Pertukaran Lorong (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Meletak Kenderaan dan Amaran Perlanggaran,” katanya.