“Pada hakikatnya, ramai yang menganggap perabot mereka sebagai objek karya seni yang agung selain daripada fungsi asasnya. Rozel Khayu membawakan siri terkini yang menggabungkan 100% kayu premium yang direka indah, lengkap dengan kemasan rapi,” kata Pengarah Urusan Rozel Corporation, Gan Tai Hwa.

Sebagai permulaan trend dalam perabot, Rozel memperkenal Rozel Khayu kepada mereka yang mementingkan keunikan kayu, kualiti perabot, ciri-ciri estetik serta nilai kemewahannya,” katanya di Rozel Pavilion, Jalan Klang Lama baru-baru ini.

Koleksi perabot Rozel Khayu adalah unik dan digemari pasaran dalam sasaran yang berbeza. Ia diperbuat daripada jenis kayu yang berlainan dan digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti marmar, kaca dan keluli tahan karat.

Dari segi harga, koleksi Rozel Khayu, yang terdiri daripada kayu ash (kayu peringkat pertama), oak (kayu keras, berat serta kukuh) dan walnut (kayu paling premium), bermula dari RM3,990 untuk meja makan dan boleh menjangkau RM12,000.

“Rozel Khayu membawa tahap kelainan yang baru untuk memenuhi keinginan peminat seni ukiran dan perabot yang kian meningkat. Golongan ini mahu mencantik dan memaksimumkan ruang rumah mereka dengan perabot berkualiti tinggi yang praktikal, unik, dengan ciri-ciri estetik,” kata Tai Hwa.

Segmen sasaran ini terdedah kepada trend hiasan dalaman dan fesyen terkini dan mereka arif menilai bahan mentah yang bermutu serta hasil ketukangan yang pakar.

Rozel memperkenal jenamanya lebih 25 tahun lalu dengan koleksi Rozel Lifestyle yang merupakan rangkaian permulaan perabot mewah Rozel. Koleksi ini menawarkan kemewahan perabot kulit bovine berkualiti tinggi pada harga di antara RM5,000 – RM10,000 bagi rangkaian sofa.

Koleksi Rozel Signature menggunakan kulit premium Federica dan rangkaian ini menawarkan perabot dengan jahitan kemasan yang lebih halus. Rangkaian sofa Rozel Signature dihasilkan mengikut perkembangan fesyen dengan warna-warna unik yang digemari generasi muda sekarang ini. Koleksi ini berharga di antara RM10,000 dan RM20,000.

Koleksi Rozel Gold diperbuat daripada kulit Aniline yang lebih tinggi kualitinya, lembut, tebal serta lengkap dengan kelim dan jahitan yang kemas. Koleksi paling mewah ini membawakan jenama Rozel kepada suatu tahap kemewahan dan gaya

yang paling unggul. Perabot Rozel Gold adalah lebih luas dan besar. Kesemua sofa koleksi Rozel Gold berharga lebih daripada RM20,000.

“Semua perabot mewah di setiap bilik pameran Rozel diinspirasikan dari Itali, bermutu tinggi, mempunyai ciri-ciri estetik dan selesa. Kesemuanya boleh dicuba dan diperiksa untuk menawarkan anda pengalaman membeli-belah yang memuaskan,” kata Tai Hwa.

Berbekalkan kejayaan yang tercapai setakat ini, Rozel telah meluaskan portfolio produknya daripada rangkaian sofa tunggal kepada rangkaian penuh perabot untuk ruang tamu, bilik makan dan kamar tidur.

Bilik-bilik pameran Rozel diberi sentuhan hiasan yang anggun. Pameran set-set sebenar disediakan bagi menginspirasikan pelanggan dengan cara-cara untuk menghias rumah mereka, menggabung dan memadankan produk di samping menambahkan keselesaan di dalam rumah.

Rozel kini mempunyai 16 bilik pameran perabot di seluruh Malaysia. Kesemua pusat perabot Rozel menjanjikan kepuasan pelanggan dari segi keselesaan dan kemewahan iaitu ciri-ciri penting jenama Rozel sepanjang penglibatannya dalam industri perabot ini.