Program julung kali itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara pengamal media dengan warga syarikat berkenaan.


Pelepasan Program itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Roadcare ,Datuk Wan Imran Wan Omar.


Sementara itu, Presiden Kemudi Mohd. Zailani Abd. Rahman berkata, program tersebut pastinya memberikan pengalaman baharu kepada pengamal media di negeri ini.


“Saya percaya ada dalam kalangan ahli Kemudi yang mengikuti program ini buat kali pertama.


“Program ini juga mendedahkan lagi Kemudi kepada cara kehidupan nelayan setiap kali mereka turun ke laut,” katanya. -UTUSAN ONLINE