Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penangan Satay Sedap

 6

Melangkah ke Restoran Satay Sedap terfikir di mana tempat membakar sate kerana tidak terlihat asap yang biasa terdapat di restoran yang menghidangkan sate. Terfikir juga mungkin sate belum siap dibakar.

Tetapi tekaan saya meleset sebab sebaik sahaja selepas menemubual tuan punya restoran, Shamsudin Abdullah, pekerjanya terus menghidangkan sate untuk saya dan jurugambar.

“Jangan terperanjat. Kami tidak menggunakan arang untuk membakar sate tetapi dapur batu yang dibeli khas dari Korea Selatan menggunakan gas untuk memanaskan batu dan membakar sate yang diletakkan di atasnya.

“Sate ini tidak akan meninggalkan kesan terbakar akibat arang tetapi hanya dagingnya sedikit garing tetapi berjus di dalam. Memang sesuai untuk mereka yang pentingkan penjagaan kesihatan,” katanya semasa ditemui di restoran di Ukay Perdana, Ampang baru-baru ini.

Shamsudin menambah, beliau hanya memilih daging batang pinang yang segar bagi mendapatkan sate yang bukan saja sedap tetapi lebih besar.

Ditambah dengan nasi impit yang lembut serta hirisan bawang dan timun segar mengiringi hidangan sate yang menyelerakan dengan harga yang sememangnya berbaloi bermula dengan harga RM1 hingga RM2 secucuk mengikut jenis seperti ayam, daging, kambing dan perut.

Tidak puas menjamu selera dengan sate, pengunjung boleh memesan mi rebus ala Johor yang ditambah dengan perahan limau kasturi bagi memberikan rasa manis, masin serta masam.

Jika anda penggemar barangan antik inilah tempatnya kerana pemilik restoran ini menghias kedainya dengan pelbagai barangan lama seperti peti nyanyi, pinggan dan paling menarik skuter biru.

“Saya suka apabila barangan antik digandingkan dengan sate, nampak klasik kerana itu juga saya menghias Restoran Satay Sedap dengan konsep klasik” katanya yang meminati barangan antik serta makan sate dan mi rebus.

Shamsudin memilih nama Satay Sedap kerana percaya dengan keenakan masakan yang dihidangkan kerana semua itu adalah makanan kegemarannya.

Restoran yang dibuka dua tahun lalu mampu memuatkan sehingga 100 pelanggan pada satu-satu masa serta sentiasa menerima pelanggan yang inginkan merasai kelazatan sate dan mi rebus ala Johor.

“Kami menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh Lembah Klang serta menerima tempahan majlis sama ada di restoran atau katering di tempat pelanggan,” kata anak jati Selangor ini. - Foto AZLAN HADI ABU BAKAR

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan