Pertandingan yang memerlukan peserta berkumpulan seramai tiga orang berkelana sejauh 1,000 kilometer dalam masa seminggu dengan hanya menggunakan tin minuman Red Bull sebagai matawang akan dibuka pada 14 Februari ini.

Sejumlah 200 kumpulan terpilih daripada 60 buah negara di seluruh dunia akan memulakan pengembaraan mereka pada 6 Mac ini dari enam titik permulaan di Eropah iaitu Budapest, Madrid, Manchester, Rom dan Stockholm.

Pertandingan ini tidak membenarkan peserta menggunakan wang tunai, kad kredit dan telefon sebaliknya mereka perlu mencari cara menukarkan tin minuman Red Bull yang dibekalkan untuk makanan, tempat bermalam dan pengangkutan untuk ke destinasi.

Layari laman sesawang www.redbullcanyoumakeit.com untuk maklumat lanjut. Pada tahun 2016 Hibiscus Tigers yang mewakili Malaysia berada tempat ke-27 dari 165 kumpulan dan menduduki tempat kedua dalam capaian media sosial di Asia.- UTUSAN ONLINE.