Video oleh LOKMAN HAKIEM ABD. SAMAD

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati suasana pusat beli-belah itu sedikit sibuk dan tidak putus-putus dikunjungi pe­langgan untuk mendapatkan barangan khususnya pakaian, beg dan kasut.

Berdasarkan pemerhatian, pengunjung turut mengambil kesempatan un­tuk merakamkan gambar kenangan di hadapan pintu masuk pusat beli-belah yang berusia 44 tahun itu.

Seorang pengunjung, Siti Nadiya Ahmad, 29 memberitahu, jauh disudut hati dia amat sedih apabila men­getahui ba­ngunan itu bakal dirobohkan.

“Tempat kerja saya berhampiran dengan Ampang Park dan pusat beli-belah ini menjadi pilihan untuk saya dan rakan-rakan makan tengahari sejak dahulu lagi,” katanya.

“Sementara itu, Asrizal Bastiar, 46, pula melihat kerja-kerja perobohan itu sebagai sesuatu yang positif.

“Jelas sekali ia bertujuan untuk projek Transit Aliran Massa (MRT) stesen Ampang Park dan tentu sekali memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang.

“Sedih tetap sedih memandangkan Ampang Park merupakan pusat beli-belah terawal di ibu negara dan me­ninggalkan seribu satu kena­ngan kepada sesiapa sahaja.

Sementara itu, seorang peniaga, Julia Amelda Abd. Hamid, 28 berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain kecuali berpindah ke tempat baharu dengan segera sebelum 31 Disember ini.

“Sebelum berpindah pihak kami perlu menghabiskan stok dengan memberikan diskaun kepada pelanggan untuk pelbagai jenis pakaian,” katanya.