Pengarah Urusannya, Syazwan Zanini berkata, para pelanggan boleh merancang percutian lebih awal untuk mendapatkan harga penjimatan sehingga RM900 seorang.


“Pekej Muslim kami dengan penjagaan waktu solat, makanan halal, pengiring berpengalaman, serta hotel penginapan hotel 3-5 bintang yang selesa.


“Harga yang ditawarkan kompetitif dan tanpa bayaran terselindung,” katanya ketika merasmikan FFM2 di Restoren WOWKL.


Selain itu, warga emas juga dapat menikmati harga lebih rendah apabila mereka memilih melancong bersama selamatbercuti.com dengan penjimatan tambahan RM400.


Harga istimewa tersebut boleh dinikmati semua pelanggan selamatbercuti.com yang berumur sekurang-kurangnya 55 tahun pada tarikh pelepasan.


Tambah Syazwan, pelanggan boleh merebut peluang mendapatkan harga paling murah bermula hari ini sehingga 11 March 2018 untuk semua perlepasan berkumpulan dari April hingga Oktober 2018.


Maklumat lanjut tentang pakej muslim selamatbercuti.com boleh didapati dalam laman web rasmi mereka www.selamatbercuti.com atau menghubungi di talian 03-91322884 atau 1800182884. - UTUSAN ONLINE