Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Shabuddin kecewa laporan di luar konteks

KUALA LUMPUR 5 April – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya kecewa dan terkejut dengan cara media massa melaporkan perbahasannya semalam seolah-olah beliau menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

Shabuddin Yahaya

Shabuddin berkata, ketika membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai bagi mengharamkan perkahwinan bawah umur 16 tahun, beliau telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara berbeza.

Katanya, mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berusia 16 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran wali dan mahkamah, manakala bagi lelaki di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran mahkamah.

“Ini bermakna, enakmen Islam tidak beri kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan perkahwinan di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

“Dalam perbahasan saya bercakap tentang perkahwinan perogol dan mangsa. Apa yang mahu saya tekankan di sini adalah tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka ini untuk berkahwin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Shabuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa perkahwinan antara mangsa rogol dan perogol mungkin menjadi ubat kepada masalah sosial.

Jelas beliau, walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa rogol daripada berkahwin dengan individu yang merogolnya.

Mengulas lanjut, Shabuddin berkata, kes rogol itu masih menjadi satu kesalahan jenayah dan terpulang kepada polis dan mahkamah menentukan hukuman terhadap pesalah.

Katanya lagi, isu tersebut perlu dilihat dari sudut positif terutama dari sudut masa depan mangsa dan perkahwinan bukanlah jalan belakang untuk menghalalkan kesalahan rogol.

“Realitinya, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan rogol oleh perundangan sebagai statutory rape iaitu atas dasar persetujuan bersama. Dalam menyelesaikan masalah itu, keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya ambil keputusan mengahwinkan mereka.

“Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak wali kerana perlu mendapatkan kebenaran mahkamah syariah terlebih dahulu,” katanya.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan