Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

REHAT MINDA DI INAP DESA RAWA

DESTINASI

JALAN masuk ke inap desa Rawa dikelilingi kehijauan dan hiasan 5
JALAN masuk ke inap desa Rawa dikelilingi kehijauan dan hiasan pokok bunga yang segar.

KALAU sudah puas bercuti di hotel di tengah bandar raya atau di tepi pantai, mungkin sesekali elok juga menikmati percutian dalam suasana kampung yang permai.

Bagi mereka yang ingin berbuat demikian, boleh mencuba percutian berkonsep inap desa (homestay) di Kampung Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan. Lokasinya terletak kira-kira 45 minit hingga satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Dikelilingi persekitaran desa yang mendamaikan, tentunya pengunjung dapat merehatkan minda sepuas-puasnya sambil menghirup udara segar, jauh dari kebingitan kota.

Sesuai dengan konsep inap desa, mereka yang sesekali rindukan suasana kampung boleh mendapatkan pelbagai pakej yang disediakan, antaranya melawat dusun buah-buahan di kampung berdekatan.

Paling meriah tentunya apabila tiba musim durian. Dengan peluang makan raja buah itu sepuas hati pada harga RM25 dewasa dan kanak-kanak RM20, pastinya berbaloi.

Menurut penyelaras inap desa Rawa, Saadiah Othman, 47, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan antaranya melawat ladang serai, nanas, nangka madu serta melihat demonstrasi menganyam rotan dan kraf tangan.

Katanya, bagi yang ingin berkelah, mereka juga boleh menikmati kesegaran dan mandi-manda dalam kedinginan air terjun di Hutan Lipur Lenggeng yang terletak tidak jauh dari inap desa tersebut.

“Kami juga menyediakan pakej mendaki Bukit Broga yang terletak kira-kira 15 minit dari inap desa. Mereka akan dibawa ke bukit itu pada waktu subuh bagi menikmati keindahan matahari terbit dari puncak bukit,” katanya kepada S2.

Inap desa yang diusahakan oleh Saadiah bersama suami, Azwan Alias, 51, mempunyai 50 bilik yang boleh menampung sehingga 100 orang dalam satu masa. Kemudahan lain termasuklah dewan terbuka yang sesuai digunakan bagi majlis keraian, kursus motivasi dan perkahwinan.

Soal mencari makanan tidak timbul kerana inap desa Rawa sedia memasak hidangan tradisional untuk pelanggannya.

Menurut Saadiah, bagi mengisi lapang, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti menunggang kuda yang sememangnya popular di inap desa berkenaan.

“Ramai yang datang ke sini untuk belajar menunggang kuda dengan harga serendah RM10 bagi satu pusingan. Terdapat 15 ekor kuda dan orang ramai juga boleh melihat bagaimana haiwan ini dijaga dan diberi makan di kandang,” katanya yang turut menawarkan latihan bagi pengurusan kuda kepada pelajar universiti dan orang awam.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan