Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, perkembangan gembira itu telah diumumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah.

Sehubungan itu, Azlan berkata, pihaknya akan melakukan persediaan terbaik untuk menganjurkan Pesta Angin Timur dalam tempoh dua tahun lagi dengan skala yang lebih besar berbanding sebelum ini.

“Perancangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang menetapkan Pesta Angin Timur sebagai acara pembukaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 telah menyuntik semangat kami untuk melakukan persediaan lebih awal.

“Terima kasih kerana memasukkan Pesta Angin Timur yang menjadi kebanggaan rakyat di negeri ini sebagai salah satu acara di dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Angin Timur Perlis 2018 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) , Persiaran Wawasan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE