Menteri Muda Pelancongan, Seni dan Kebudayaan negeri, Datuk Lee Kim Shin berkata, pe­nerbangan tersebut hasil perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan itu untuk terbang secara langsung ke sini.

Katanya, penerbangan itu juga melakar sejarah dengan menjadi laluan pertama meng­hubungkan Sarawak dengan China dan penerbangan antarabangsa pertama ke Bintulu.

“Kita berharap lebih banyak syarikat penerbangan untuk terbang ke sini seperti yang dilakukan AirAsia.

“Kita juga maklum pelawat lebih suka dengan penerba­ngan terus berbanding transit. Sarawak menyediakan tarikan alam sekitar, pengembaraan dan kebudayaan pelbagai kaum dan agama,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyambut ketibaan penerbangan Air­Asia laluan Singapura-Bintulu di sini hari.

Yang turut hadir Pengerusi Sarawak Tourism Board (STB), Datuk Abdul Wahab Aziz; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB, Mary Wan Mering dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Hadir sama Pengarah Hubu­ngan Kerajaan AirAsia, Zamani Mohd. Rafique; Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Zulkipli Suhaili.

Penerbangan Shenzhen-Ku­ching dan Kuching-Shenzhen dijadualkan setiap hari manakala Singapura-Bintulu dan Bintulu-Singapura terbang setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat serta Ahad.

Sementara itu Spencer memberitahu, penerbangan itu me­nunjukkan komitmen AirAsia dalam menyediakan akses perhubungan dan perkhidmatan yang mampu dinaiki semua orang.

“Laluan langsung ini diharap akan menambah lagi jumlah pe­lawat ke Sarawak. Kami percaya ia akan tercapai dengan soko­ngan berterusan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa pelancongan dan semua pemain industri,” jelasnya.