Apatah lagi, gunung yang terletak di Lombok itu dikatakan antara yang tercantik di Indonesia, sekali gus menggamit kehadiran pelancong luar untuk menikmati keindahannya.

Sebagai menghargai pengguna produk Brahim’s, orang ramai kini berpeluang mendaki Gunung Rinjani secara percuma yang mana keseluruhan kos termasuk penerbangan pergi dan balik dari klia2 ke Lombok dibiayai sepenuhnya oleh Kumpulan Brahim’s Dewina.

Namun untuk meraih peluang itu, orang ramai perlu menyertai Pertandingan Video 3 Minit Xpedisi Pendakian Gunung Bersama Brahim’s yang telah dibuka untuk penyertaan.

“Pertandingan video tiga minit ini terbuka kepada semua kaki panjat gunung dan sesiapa sahaja yang berminat,” kata Pengurus Pemasaran dan Jualan Brahim’s, Mohamad Fazil Othman kepada S2.

“Sebanyak 10 video terbaik akan dipilih dan pemenangnya akan dibawa menyertai ekspedisi mendaki Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia pada 25 hingga 29 Oktober 2018 dan ditaja sepenuhnya oleh Brahim’s,” tambah Mohd Fadzil.

Dalam pada itu, katanya, Brahim’s akan mengadakan pendakian ke Gunung Ledang, Johor pada 3 hingga 4 Mac 2018 dan Gunung Bujang Melaka di Perak pada 5 hingga 6 Mei 2018.

Menurutnya, mereka yang berminat menyertai kedua-dua ekspedisi itu bolehlah menghantar emel ke alamat [email protected]

Dalam pada itu, Brahim’s buat julung kali memperkenalkan pek kembara (Adventure Pack One Meal) khusus untuk pendaki dan penggemar aktiviti lasak serta mereka yang suka melancong ke luar negara.

“Pek kembara ini memudahkan penyediaan makanan di gunung atau di mana sahaja. Satu bungkus pek kembara mengandungi makanan sedia dimakan untuk keperluan sehari yang lengkap,” katanya.

Beliau berkata, antara produk yang terdapat dalam pek kembara ini ialah nasi goreng kampung untuk sarapan, nasi putih dan daging masak hitam untuk makan tengah hari, bubur pulut hitam, biskut dan jem untuk minum petang dan nasi putih dan kari daging untuk makan malam.

Buat masa sekarang, pek kembara itu dijual di Brahim’s Shoppe di Bandar Baru Bangi.

Katanya, beberapa kedai menjual peralatan aktiviti luar di seluruh negara sedang dikenal pasti untuk menjual pek kembara itu.