Konvoi bermula dari Jeti Nelayan Seberang Takir dan melalui sekitar Pulau Warisan, Pulau Duyong dan Taman Tamadun Islam (TTI) yang menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Yang hadir sama, Pengarah Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang Terengganu 2017;

Datuk Andri Aidham Ahmad Badri di samping penyertaan kira-kira 50 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dah Jumpa.

Inisiatif itu bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat dan orang awam sekali gus memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan esok. - UTUSAN ONLINE