Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MENEROKA LOKASI FILEM AADC 2

DESTINASI

Rakan penulis bergambar di salah satu kawasan pemandangan di Yogjakarta.

Menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2) berlatar belakangkan Yogjakarta, Indonesia memberi ilham kepada penulis dan dua sahabat meneroka sendiri bumi yang kaya dengan monumen sejarah serta destinasi menarik itu.

width="620"Rakan penulis bergambar di salah satu kawasan pemandangan di Yogjakarta.
Rakan penulis bergambar di salah satu kawasan pemandangan di Yogjakarta.

Tiket penerbangan yang ditempah kira-kira sebulan dari tarikh dirancang membuatkan kami bertiga menyusun perancangan teliti termasuk persediaan perbelanjaan dan informasi lengkap tentang lokasi dituju.

Tambahan pula, kami belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Percutian empat hari tiga malam itu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk lawatan ke lokasi penggambaran AADC 2 seperti Klinik Kopi, Gereja Ayam dan Istana Ratu Boko. Tidak dinafikan, itu adalah objektif kami ke sini.

Klinik kopi yang wujud sejak 2013 itu menjadi lokasi simbolik, melatari pertemuan Cinta dan Rangga menerusi salah satu babak dalam filem tersebut. Variasi kopi seperti Arabica Pelebib dari Papua, Gadang (Solok) serta Arabica Nagari Lasi (Bukit tinggi) yang dihidangkan menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Lebih menarik, kedai yang beroperasi selama empat jam sehari itu menawarkan kopi berkualiti daripada pokok yang ditanam dan diproses sendiri. Peminat minuman tersebut pasti tidak melepaskan peluang membawa pulang kopi yang dijual dengan harga Rp120,000 (RM39) untuk isian 250 gram atau menikmatinya terus di situ dengan harga Rp10,000 (RM3.23) secawan.

Selain itu, kami sempat menyaksikan keindahan matahari terbit di lereng gunung merapi. Kunjungan kami dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang disewa dengan harga Rp400,000 (RM129).

Destinasi
 

Keterujaan diteruskan dengan mengunjungi Gereja Ayam yang memberi pengalaman cukup berbeza buat penulis dan rakan. Terletak di Jawa Tengah, kami mendaki bukit mengikut denai sejauh lima kilometer untuk sampai di kawasan yang cukup istimewa itu.

Untuk masuk ke dalam, pengunjung perlu mendapatkan tiket yang dijual pada harga 10,000 rupiah (RM3.23).

Lokasi seterusnya yang wajib dilawati adalah Candi Borobudur. Ia merupakan kuil Buddha purba yang diiktiraf dan dipelihara di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Keindahan kawasan sekitar membuatkan penulis dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang merakam foto kenangan sebanyak mungkin.

Setelah penat menaiki berpuluh-puluh anak tangga di Candi Borobudur, kami teruskan keseronokan dengan memanjat pokok Wisata Alam Kalibiru. Di situ, kami menikmati pemandangan menyeluruh di kawasan sekitar. Untuk tujuan itu, penulis dan rakan-rakan dikenakan caj yang cukup berpatutan.

Apabila berada di tempat tersebut, kita hanya perlu ‘bergaya’ mengikut aksi sendiri kerana sudah ada jurugambar bersedia untuk merakamkan gambar anda. Bayaran bagi sekeping gambar adalah Rp5,000 (RM1.60) sahaja. Jumlah minimum gambar adalah empat keping. Diakui memang agak menggigil untuk memanjat tangga naik ke atas.

Bagi kedai makan pula, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan di kedai Sate Klatak Pak Bari dan Sellie Coffee. Sate Klatak atau sate kambing menjadi hidangan utama di kedai itu yang terletak di Jalan Kedaton, Pleret, Bantul.

Pengunjung boleh menikmati hidangan sate asli yang dilumur dengan garam sebelum dibakar sehingga garing, malah lebih menarik apabila sosnya menggunakan kuah gulai sebagai cicah hidangan.

CANDI Borobudur, antara lokasi menarik yang wajib dikunjungi pelancong ketika berada di Yogjakarta.
CANDI Borobudur, antara lokasi menarik yang wajib dikunjungi pelancong ketika berada di Yogjakarta.

Menikmati makanan campuran barat dan asli Indonesia pasti menaikkan selera mereka yang datang ke kedai ini. Kami sempat menikmati makanan istimewa itu ketika sarapan.

Pengunjung yang meneroka Yogjakarta pada waktu malam berpeluang menyaksikan persembahan busker yang cukup menghiburkan.

Penulis dan rakan-rakan tidak ketinggalan mengunjungi Istana Ratu Boko untuk melihat keindahan panorama matahari terbenam. Suasana di sini yang cukup romantik dan bersejarah amat sesuai dinikmati pasangan baharu berkahwin dan ingin berbulan madu. Harga pakej hanya Rp110,000 (RM35.50) termasuk makan malam.

Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati, namun kerana kekangan masa dan ditambah dengan jarak perjalanan ke setiap lokasi yang agak berjauhan membantutkan keinginan kami untuk melihat keindahan Yogjakarta secara keseluruhannya. Dengan itu, kami sepakat untuk berkunjung lagi ke lokasi menarik ini.

Artikel Berkaitan
Artikel Lain
Video Pilihan